Shin Megami Tensei

Shin Megami Tensei
PembangunAtlus
PenerbitAtlus
SiriMegami Tensei Sunting ini di Wikidata
PlatformSuper Famicom, PC, Sega CD, PlayStation, GBA, Virtual Console, TurboGrafx-16
Pelepasan1992, 1993, 1994
GenreRPG
ModSeorang pemain

Shin Megami Tensei (真・女神転生code: ja is deprecated , "Dewi Kelahiran Semula Sebenar") merupakan sebuah judul permainan video berperanan oleh Atlus yang dikeluarkan pada 30 oktober, 1992 untuk beberapa platform. Judul ini asalnya dikeluarkan untuk Super Famicom dan kemudiannya dikeluarkan pada CD Sega. Shin Megami Tensei kemudian diterbitkan semula untuk konsol PlayStation dan Game Boy Advance untuk meningkatkan lagi populariti judul Shin Megami Tensei III. Judul ini merupakan permainan video MegaTen. sebuah judul sambungan kepada Shin Megami Tensei, iaitu 'Shin Megami Tensei II, dikeluarkan pada tahun 1994 dan sambungan kedua iaitu Shin Megami Tensei III: Nocturne dikeluarkan pada tahun 2003.

Judul-judul sampingan termasuklah Persona, Devil Summoner, serta siri Digital Devil Saga.

Rom versi SNES judul ini diterjemah oleh Aeon genesis Translations pada tahun 2002.[1]. Namun begitu, penterjemahan rasmi belum lagi diterbitkan.

Plot

Kisah Shin Megami Tensei bertempat di Tokyo pada tahun 199X. Syaitan daripada alam Makai telah memasuki Bumi, dan menyebabkan dunia kehilangan keseimbangan kuasa. Seorang ketua Jepun yang berkarisma telah menggunakan syaitan-syaitan tersebut sebagai tentera dalam angkatannya, memaksa negara Amerika untuk campur tangan dalam hal-ehwal ketenteraannya. Watak para pemain, sebagai hero judul ini, telah terbabit dalam hal ini apabila dia dihantar suatu Program Menyeru Syaitan menerusi e-mel yang membenarkannya untuk berbicara dengan syaitan dan mengambil mereka sebagai rakan seperjuangan, menyimpan mereka sebagai data digital dalam komputernya.

Para pemain harus membuat pilihan akan dunia yang berada di tangan mereka. Patutkah watak mereka memilih golongan malaikat dan mencipta sebuah dunia yang penuh tatasusila dan peraturan yang akan kekal berabad-abad lamanya? Jika tidak, patutkah watak mereka memilih golongan syaitan dan mencipta suatu keadaan kucar-kacir dan huru-hara, ataupun tidak memilih langsung dan menghancurkan semua yang cuba menentangnya?

Rujukan

  1. ^ Aeon Genesis - halaman Shin Megami Tensei

Pautan luar

  • (Inggeris) http://hg101.classicgaming.gamespy.com/megaten/megaten.htm Diarkibkan 2009-04-29 di Wayback Machine Artikel Hardcore Gaming 101's article tentang siri ini]
  • (Inggeris) Megaten Wiki Diarkibkan 2009-08-13 di Wayback Machine Laman wiki khas buat judul-judul Shin Megami Tensei serta judul sampingannya yang lain.
  • l
  • b
  • s
Digital Devil Story
Megami TenseiII
Shin Megami Tensei
Shin Megami TenseiIIif...NINEIII: Nocturne
Devil Summoner
Devil SummonerSoul HackersRaidou Kuzunoha vs. The Soulless Army
Persona
Revelations: PersonaPersona 2Persona 3Persona 4
Digital Devil Saga
Digital Devil SagaDigital Devil Saga 2
Siri-siri lain
Last BibleMajin TenseiDevil Children
Judul-judul lain
Shin Megami Tensei: IMAGINEJack Bros.Giten Megami Tensei: Tokyo Mokushiroku
Anime
Digital Devil Story: Megami TenseiShin Megami Tensei: Tokyo Mokushiroku / Tokyo RevelationShin Megami Tensei: Devil ChildrenPersona -trinity soul-
Manga
Shin Megami Tensei if...Shin Megami Tensei: KhanMajin TenseiShin Majin Tensei Gaiten Hato no Senki