Bahasa Bali

Bahasa Bali
ᬪᬵᬱᬩᬮᬶcode: ban is deprecated / ᬩᬲᬩᬮᬶcode: ban is deprecated 1
Bhāṣa Bali / Basa Bali / Basé Bali1
Asli kepada Indonesia
Kawasan
  • Bali
  • Nusa Penida
  • Lombok
  • Jawa
  • China Selatan
  • Wilayah migrant orang Bali
Etnik
  • Bali
  • Bali Aga
  • Bali Lombok
  • Cina Bali
  • Loloan Malay
Penutur bahasa
3.3 juta (2000 sensus)e18
Keluarga bahasa
Austronesian
  • Malayo-Polynesia
    • Malayo-Sumbawa (?)
      • Bali-Sasak-Sumbawa
        • Bahasa Bali
Bentuk awal
Bali Kuna
Sistem penulisan
Alfabet Latin, Tulisan Bali
Status rasmi
Bahasa minoriti
dikenali di
 Indonesia
    • Bali
    • Nusa Tenggara Barat
    • Jawa Timur
Kod bahasa
ISO 639-2ban
ISO 639-3ban
Glottologbali1278
Pete pertaburan bahasa Bali kat Indonesia
   Bahasa Bali adalah bahasa majoriti dimana sebahgian besar adalah penutur bahasa pertama.
  Bahasa Bali adalah bahasa minoriti yang cukup signifikan
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Bahasa Bali merupakan sebuah bahasa Austronesia dituturkan oleh orang Bali, Bali Aga dan lain lain sub-etnik Bali. bahasa ini digunakan terutamanya di pulau Bali, pulau Lombok bahagian barat, dan sedikit di ujung timur pulau Jawa (Banyuwangi). Bahasa Bali dituturkan oleh kira-kira 4 juta orang. Bahasa Bali adalah salah satu bahasa Austronesia yang digunakan untuk upacara keagamaan Hindu kerana majoriti orang Bali beragama Hindu. Selain daripada bahasa Bali, bahasa Tengger di Jawa dan bahasa Kei Tanimbar di Maluku adalah bahasa Austronesia yang juga digunakan untuk upacara keagamaan Hindu.

perempuan bercakap-cakap bahasa Bali

Di Bali sendiri Bahasa Bali mempunyai tingkatan penggunaannya, misalnya ada yang disebut Bali Alus, Bali Madya, dan Bali Kasar. Bahasa Bali Alus digunakan untuk bertutur formal misalnya dalam pertemuan di tingkat desa adat, meminang wanita, atau antara orang berkasta rendah dengan berkasta lebih tinggi. Bahasa Bali Madya digunakan di tingkat masyarakat menengah misalnya pejabat dengan bawahannya, sedangkan Bahasa Bali Kasar digunakan oleh orang kelas rendah misalnya kaum sudra atau antara bangsawan dengan abdi dalemnya, Di Lombok, Bahasa Bali terutamanya dituturkan di sekitar kota Mataram, sedangkan di pulau Jawa Bahasa Bali terutamanya dituturkan di beberapa buah desa di kabupaten Banyuwangi. Selain itu Bahasa Osing, sebuah dialek Jawa di Banyuwangi, juga menyerap banyak perkataan Bahasa Bali. Misalnya osing yang bermaksud "tidak" diambil daripada perkataan Bahasa Bali tusing.

Fonologi

Vokal

Ada 6 vokal di dalam bahasa bali

Vokal
Depan Madya Belakang
Tertutup i u
Tengah e ə o
Terbuka a

Konsonan

Ada 18 konsonan di dalam Bahasa Bali:

Bibir Gigi Langit2
Keras
Langit2
Lunak
Celah
Suara
Letup p b t d c ɟ k g
Sengau m n ɲ ŋ
Desis s h
Getar / Sisi r l
Hampiran w j

Alofon

Sebuah ciri khas dan menjadi keistimewaan bahasa Bali ialah bahwa fonem eksplosif tak bersuara /t/ dilafazkan sebagai [t] pada posisi akhir, namun pada posisi awal dan tengah dilafazkan sebagai [ʈ] (t retrofleks).

Vokal /a/ pada posisi akhir terbuka dilafazkan sebagai [ĕ]. Misalkan kata Kuta, nama pantai termashyur di Bali, dilafazkan sebagai [k'uʈĕ].

Sukukata

Seperti bahasa Austronesia lainnya, bahasa Bali juga cenderung dengan kata-kata dwisukukata dan berbentuk KVKVK. Namun dalam mereduplikasi sebuah sukukata monosilabik berbentuk KVK, maka dalam bahasa Bali ini biasanya menjadi KVKKVK berbeda dengan bahasa Melayu dan Jawa:

Melayu Bali Jawa
kukus kuskus dang (bentuk berbeda)
ngengat ngetnget ngĕngĕt

Kekerabatan dan kosakata

Bahasa Bali dalam keluarga bahasa Austronesia sering dianggap paling rapat dengan Bahasa Jawa, Namun hal ini tidaklah begitu, Bahasa Bali paling dekat dengan Bahasa Sasak, Bahasa Melayu/Indonesia, Bahasa Banjar, Bahasa Sunda dan Bahasa Sumbawa. Kemiripannya dengan bahasa Jawa hanya disebabkan oleh pengaruh kosa kata Bahasa Jawa kerana penjajahan Jawa pada masa lampau, terutamanya pada abad ke-14 Masihi. Bali ditakluk oleh Gajah Mada pada tahun 1343 Masehi. Bahkan dalam keluarga Austronesia, secara fonologi bahasa Bali lebih mirip Bahasa Melayu/Indonesia daripada bahasa Jawa. Namun fonem /r/ pada posisi akhir dalam bahasa Melayu, seringkali menjadi /h/ pada bahasa Bali. Hal ini boleh terbukti dengan senarai perbandingan kosa kata Bahasa Melayu, Bahasa Bali, Bahasa Jawa Kuno, dan Bahasa Jawa Baru:

Melayu/Indonesia Bali Jawa Kuno Jawa Baru
dua dua rwa ro, loro
apa apa (?) opo
jalan jalan dalan dalan
dengar dingěh rĕngö rungu
dengarkan dingěhan (?) rungokno
tidak tusing (?) ora
jarum jaum dom dom
jauh joh doh doh
ada ada hana ana
mata mata (?) mripat
beli běli wĕli, tuku tuku
jari, jeriji jriji (?) driji
betis, kaki batis, bais, kaki jöng, suku sikil
hidup idup hurip urip
air, ayer yèh wway we, banyu
buah buah, woh wwah woh
di di, ring ri, ring i, ing, ring
itu, tu ento, to (?) Iku
dimana dija (?) ngendhi, wonten Pundhi
telur taluh antiga tigan, ĕndhog
jemur jěmuh (?) pepe
bunga bunga kambang
sĕkar
kĕmbang
sĕkar
nasi nasi sĕga
sĕkul
sĕga
sĕkul
hujan ujan hudan udan
klekatu dedalu (?) rumpi
rumah umah (?) omah
pakcik, paman pakde (?) padhe
bergurau, bercanda mecanda (?) guyon

Pengaruh bahasa Jawa

Bahasa Bali banyak dipengaruhi oleh bahasa Jawa, terutama bahasa Jawa Kuno dan Bahasa Jawa Moden, juga bahasa Sanskrit. Kemiripan dengan bahasa Jawa terutamanya terlihat daripada tingkat-tingkat bahasa yang terdapat dalam bahasa Bali yang mirip dengan bahasa Jawa. Maka tidak menghairankan jika bahasa Bali halus yang disebut basa Bali Alus Mider mirip dengan bahasa Jawa Krama. Banyak perkataan Bahasa Bali yang halus diambil daripada bahasa Jawa dan Sunda (?):

Melayu Bali Jawa Sunda
sudah suba, sampun sampun
mati, meninggal mati, seda seda maot
datang dteko, rauh rawuh datang, rauh
dari during, saking saking
arti arti, teges tĕgĕs arti, tugus

Konsep geografis

Berbeza dengan banyak suku bangsa di dunia, namun masih mirip dengan suku bangsa penutur bahasa Austronesia yang lain, orang Bali dalam menentukan arah berorientasi bukan pada arah mata angin yang pasti namun pada letak kawasan geografi, pada kasus Bali ini pada letak gunung dan laut. Oleh sebab itu arah mata angin boleh berubah-ubah sesuai tempatnya:

Bali – Melayu:
  • kaja – utara, namun di Buleleng bermaksud selatan
  • kelod – selatan, namun di Buleleng bermaksud utara
  • kauh – barat
  • kangin – timur

Jenis bahasa Bali

  • Bahasa Bali Baku
  • Bahasa Bali Aga
  • Bahasa Bali Nusa Penida
  • Bahasa Bali Lombok
  • Bahasa Bali Banyuwangi

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Bahasa Bali di Wikimedia Commons